Posts

Showing posts from December, 2017

KELANTAN NEGERI MISKIN

Image
Kelantan negeri miskin Tapi cuba ketuk pintu 10 biji rumah banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina.. Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand Kelantan negeri miskin tapi kaum hawanya mampu milik EMAS sampai ke siku Kelantan negeri miskin tapi produk bijak pandai datang dari negerinya Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah flat "Allah, kami redha dengan rezeki mu..Biarlah kami miskin, asalkan agamamu selamat di sini..Jadikan negeri ini tempat sang miskin beristirehat, tenang dan selamat..Kami redha..Cukup lah Allah sebagai pembantu dan penolong Kami..

KALAU PAS MENGHASUT MAKA DAP 1000 KALI LEBIH MENGHASUT

Image
Panas berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam yang menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu. Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Datuk Seri Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif. Antara istilah yang Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans). Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet h

Tidak sukar selesai kes pindah milik tanah FELDA - PAS

Image
Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan. - Foto Zaman Huri Isa KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa perlu membuat penelitian siasatan terhadap aspek keputusan Lembaga Pengarah FELDA dan perjanjian berkaitan antara agensi itu dengan Synergy Promenade Sdn Bhd, bagi merungkai isu keraguan pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata penelitian juga perlu menjurus terhadap transaksi pindah milik tanah kepada syarikat serta kepatuhan obligasi pihak sebagaimana perjanjian. Beliau yang juga pengamal undang-undang, menganggap kes pindah milik tanah tanpa sebarang pembayaran adalah kes 'straight forward' dan tidak memerlukan langkah sulit untuk diselesaikan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). "PAS merasakan langkah yang perlu diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah melihat dan mengkaji dengan teliti kronologi kes sehingga menyebabkan pin

Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai

Image
Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai Bahan-Bahan: 250 gm isi ikan selayang (mentah) – dikisar lumat 100gm tepung ubi kayu/tepung kanji 1/2 biji bawang besar – dikisar 1 sudu kecil garam 1/2 sudu teh serbuk perasa 1 sudu kecil soda bikarbonat Bahan Untuk Sos Manis dan Pedas – Cili kering secukupnya – kisar lumat 4 ulas bawang putih – dikisar lumat 1 ½ cawan air 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air 4 sudu makan gula atau secukupnya ½ sudu makan garam Sedikit serbuk perasa Sedikit pewarna merah lada burung secukupnya – untuk sos pedas sahaja Cara Membuat: Buat Lockching – 1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. 2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat 3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat. 4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Kemudian, Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap. Tip: kalau adunan terlalu le

Resepi Sate Ikan & Sos Manis

Image
Resepi Sate Ikan & Sos Manis Sate ikan *google image. Sape2 yang pernah makan sate ikan sila angkat tangan..!! Makanan ni sebenarnye amat femes kat Kelantan & Terengganu. Dulu masa aku kecik2, suka sangat beli benda ni. Rasa sate ikan ni macam keropok lekor jugak dan rasa dia kenyal. Pastu bila celup ngan kuah manis dia, uummmmmphhh sedap woo. Dulu harga dia 10sen 1 cucuk, tapi sekarang ni mahal RM1 untuk 5 cucuk. Kalau nak makan puas2 kena beli at least RM5-8 laaa. Masa aku balik Kelantan hari tu, aku pun belek2 la buku resepi  RASA  edisi bulan April. Tajuk dia l auk-pauk pilihan penjaja . Belek punya belek aku terjumpa resepi sate ikan ni. Dengan berapi-api sekali semangat aku nak buat benda ni. So, tadi aku buat la sate ikan ni. :) Home made sate ikan. Sate ikan dicelup sos manis, nyam nyam! Untuk sape2 yang mengidam nak makan atau terasa nak makan sate ikan ni, meh la buat sendiri. Murah je dari beli kat gerai tu. Cara nak buat ni senang san

Forum Solidariti Islam Selamatkan Baitul Muqaddis sedang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya

Image
Forum Solidariti Islam Selamatkan Baitul Muqaddis sedang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.  Moderator: Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi. Ahli-Ahli Panel dari kanan: Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (PAS) Dr. Yusri Mohamad ( YADIM ) Dr Anwar (Duta Palestin) Dato' Saifuddin Nasution (PKR) Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (PAN)

GEMBIRA DAN BAHAGIAKANLAH ORANG TUAMU!

Image
Oleh:  Muhtar Suhaili As-Sarawaki  | 12 April 2016 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Azza Wajalla Pemilik segala-galanya. Artikel ini diterbitkan semula saat terasa rindu kepada ibu dan ayah yang jauh di mata tapi dekat di hati. Semoga bermanfaat kepada semua yang membacanya dan semoga memberi kebaikan dalam urusan dunia menuju Akhirat. Allahumma Aamiin. Posting ini sebenarnya saya tujukan khusus buat ibu dan ayah saya yang tercinta (Hj Suhaili Bin Rasdan dan Hjh Norsiah Bt Junaidi). Meskipun entri ini istimewa buat mereka, saya yakin dan percaya mereka tidak akan membacanya. Bukan kerana tidak ada akses internet, tetapi kerana ibu dan ayah saya buta huruf, tidak tahu menulis, tidak tahu membaca! Ibu saya belajar setakat Darjah 2 sebelum berhenti sekolah kerana kemiskinan. Ayah saya pula tidak pernah menjejakkan kaki ke bangku sekolah kerana telah menjadi yatim piatu sejak usia 5 tahun dan selepas itu tidak mampu ke sekolah, semuanya kerana kemiskinan. Ayah dan ibu saya dulunya m

Akhirnya Amalan ZINA Jadi HALAL Di Indonesia

Image
JAKARTA – Mahkamah Perlembagaan Indonesia menolak petisyen untuk menjenayahkan zina atau hubungan seks luar nikah yang dikemukakan oleh kumpulan konservatif di negara ASEAN itu. Lima daripada sembilan hakim mengundi untuk menolak petisyen itu secara rasmi sekali gus memberi kemenangan terhadap aktivis hak asasi antarabangsa yang bimbang usul tersebut akan mencetuskan kawalan moral di Indonesia. Mereka mendakwa konon jika petisyen berkenaan tidak ditolak secara rasmi oleh pihak mahkamah terbabit, ia bakal memberi diskriminasi khasnya terhadap pengamal homoseksual di negara paling ramai umat Islam di dunia itu. Ketua Hakim Mahkamah, Arief Hidayat berkata undang-undang mengenai perzinaan di Indonesia kini tidak bercanggah dengan perlembagaan, dan ia bukan kuasa Mahkamah Perlembagaan untuk mencipta dasar baharu. “Plaintif patut menyerahkan petisyen mereka kepada penggubal undang-undang (Parlimen) dan ia patut menjadi input penting dalam semakan semula kanun jenayah yang sedang dil

66 TAHUN PAS MENYUMBANG KEPADA PENDIDIKAN UMMAH.

Image
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor. Harakatul ummah ini jasanya bukan kepalang kepada tanah leluhur ini, menyambut ulangtahun kali ke 66 semenjak ditubuhkan pada 24 November 1951. Antara usaha PAS yang konsisten semenjak penubuhannya ialah memberdayakan pendidikan Islam kepada masyarakat muslim negara ini. Dengan tunjang utamanya para asatizah dan ulama sejak dekad 1950an maka tidak pelik parti Islam ini digelar "parti pak lebai". PAS menunjukkan komitmen yang serius dalam pendidikan seperti menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar agama, mengembangkan institusi pendidikan Islam, membangunkan pendidikan dibawah kerajaan yang ditadbir oleh parti itu. Gerakan pendidikan dalam PAS menjadi semakin menggebu selepas transformasi kepimpinan yang dikenali sebagai kepimpinan ulama pada tahun 1982. Antara institusi pendidikan PAS yang paling cemerlang ialah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), menjadi fenomena dan model pendidikan pra sekolah terbaik di negara ini. Dengan perkembanga

Penerangan berkenaan Pasti

Image
Penerangan berkenaan Pasti 101. 1) Pasti ialah 100% di bawah kelolaan Pas. Pas bukanlah parti pemerintah yg dapat geran itu ini drpd kerajaan. Maka Pasti ini da h masuk kategori TADIKA SWASTA. So jangan banding la benda swasta dgn benda bawah kerajaan. Caj belajar kat UM x sama dgn belajar kat MSU boh. Apple to apple la.. 2) bukan Pasti je tadika swasta di Malaysia ni. Ada banyak lagi seperti Little Caliph, CIC, Islamic Montessory, Smart Reader Kids dll. Sy persilakan anda semua utk tanya berapakah charges utk nama² di atas dan bandingkanlah dgn Pasti. Sy yakin, anda akan akui Pasti adalah YANG TERMURAH. 3) Pasti juga bukan jenama cikai. Pasti ni dah mmg terkenal satu Malaysia dan diperakui sebagai antara pusat asuhan kanak² awalan yg TERBAIK di negara ni. So barang baik nak murah mana boleh bang. Caj duduk hotel Istana sama ke dgn caj duduk hotel Ah Siaw kat Chow Kit tu? 4) ke mana perginya yuran Pasti yg banyak² ni? • bayar gaji cikgu • bayar utility bills • bayar s

PAS: Apa relevannya kembali kepada Mahathir?

Image
Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata tiada sebab untuk rakyat Malaysia meletakkan harapan memulihkan negara kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, ini kerana di zaman pentadbiran bekas perdana itu negara berhadapan pelbagai peristiwa dan pergolakan, seperti peristiwa Memali 1985, krisis dengan Raja-Raja Melayu pada 1993 sehinggalah kepada pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan gerakan Reformasi pada 1998. "Saya tak nampak apa relevannya untuk memberikan semula kepercayaan kepada Mahathir. "Malah hari ini kita cuba membersihkan pelbagai 'penyakit' yang berpunca dari zamannya menjadi perdana menteri," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mahathir yang buat pertama kali mendesak pembebasan bekas musuh ketatnya, Anwar, dalam satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi Amerika Syarikat Kimberley Motley minggu lalu. Ahmad Fadhli yang juga ketua Pemud

PAS hapus tol Jabatan Sultan Mahmud, Terengganu, rakyat untung RM5,000

Image
PAS hapus tol Jabatan Sultan Mahmud, Terengganu, rakyat untung RM5,000 . KUALA TERENGGANU: Pemimpin Umno-BN tidak boleh menafikan fakta bahawa pemerintahan kerajaan PAS dari tahun 1999 hingga 2004 banyak memberi manfaat kepada rakyat. Umpamanya, penghapusan tol di Jambatan Sultan Mahmud yang dikenakan bayaran RM1.00 bagi setiap perjalanan dua hala. Bahkan, hingga ke hari ini sejak dihapuskan bayaran tol tersebut rakyat yang berulang-alik menggunakan jambatan berkenaan mendap at manfaat selama 13 tahun. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ketika memerintah Terengganu, PAS bukan sahaja menunaikan hak-hak agama tetapi turut menitikberatkan hak-hak ekonomi rakyat. Antaranya, kata beliau, jasa besar kerajaan PAS Terengganu adalah menghapuskan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud. "Orang Kuala Nerus yang nak pergi ke bandar Kuala Terengganu tentu ingat jasa PAS ini, RM1 pergi balik nampak sedikit sahaja, tapi setahun jumlahnya sudah RM3

Putus Tahaluf dengan PKR & DAP keputusan MUKTAMAR

Image
Putus Tahaluf dgn PKR & DAP dibuat melalui muktamar. Sedangkan putus dgn S46 melalui mesyuarat AJK PAS Pusat Sahaja . Contoh dgn DAP - INI FAKTA SEBENAR. 1.DAP yg mula putuskan hubungan dengan PAS di Pulau Pinang dan Sarawak. 2.DAP Pusat yang mengistiharkan putusnya hubungan dgn Presiden PAS. 3.DAP menentang keras dan biadap usaha perkasakan syariah di Kelantan. 4.DAP berkempen aggresif untuk menjatuhkan Presiden PAS dalam pemilihan 2015. 5.Selepas itu baru timbul usul dari Dewan Ulamak untuk memutuskan tahaluf dengan DAP dan dipersetujui oleh Muktamar. 6.Setelah mengkaji aspek syariat, Majlis Syura Ulamak mengistiharkan putusnya hubungan dengan DAP.

dap putar alam 2

Image
KENAPA LIM KIT SIANG MARAH PRESIDEN PAS BILA DIA DIDAKWA NAK JADI PERDANA MENTERI BILA DIA SENDIRI PERNAH DAKWA PRESIDEN PAS NAK JADI PERDANA MENTERI? Marah nampaknya Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilaporkan mengulas mengenai pendedahan pihak lain bahawa Lim Kit Siang berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Melampau pula kemarahan Lim Kit Siang in i sehingga sanggup menuduh Datuk Seri Abdul Hadi, kononnya di dalam usaha untuk mengelakkan DAP dari berkuasa, menyokong UMNO dikekalkan di dalam PRU 14. Walhalnya, Lim Kit Siang sendiri pernah, pada 13 Jun 2016, mendedahkan kononnya Datuk Seri Abdul Hadi berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun tidak memberikan apa-apa bukti terhadap dakwaan ini. Tidak logik bila Lim Kit Siang mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi kini menyokong pemimpin UMNO dikekalkan sebagai Perdana Menteri bila beliau sebelum ini mendakwa Datuk Seri Abdul Hadi mahu jadi Perdana Menteri. Tidak boleh difikirkan macam m

dap putar alam

Image
TRANSKRIPSI WAWANCARA DATUK SERI ABDUL HADI AWANG JELAS BUKTIKAN LIM KIT SIANG DAN LIM GUAN ENG MEMFITNAH Disebabkan kehangatan yang melanda ekoran tersiarnya laporan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di dalam akhbar Berita Harian dan New Straits Times pada 16 Disember 2017, saya telah mengambil inisiatif untuk mendengar sendiri sekali gus membuat transkripsi wawancara Datuk Seri Abdul Hadi yang dilangsungkan pada 15 Disember 2017 itu. Wawancara ini sebenarnya hanya merangkumi empat soalan sahaja. Kepada soalan pertama berbunyi "apa persediaan PAS untuk pilihan raya umum yang dilihat dah semakin hampir sekarang ini", jawapan Datuk Seri Abdul Hadi adalah: "Ya, kita telah mengambil pendekatan budaya politik matang dan sejahtera. PAS akan bertanding secara bersendirian. Keutamaan PAS ialah untuk menjadikan orang Islam memimpin negara. Ini sangat penting. Kita mahu supaya dikekalkan kepimpinan Islam dalam negara ini. Yang kedua, untuk melaksanaka