Resepi Sate Ikan & Sos Manis

Resepi Sate Ikan & Sos Manis

Sate ikan *google image.
Sape2 yang pernah makan sate ikan sila angkat tangan..!! Makanan ni sebenarnye amat femes kat Kelantan & Terengganu. Dulu masa aku kecik2, suka sangat beli benda ni. Rasa sate ikan ni macam keropok lekor jugak dan rasa dia kenyal. Pastu bila celup ngan kuah manis dia, uummmmmphhh sedap woo. Dulu harga dia 10sen 1 cucuk, tapi sekarang ni mahal RM1 untuk 5 cucuk. Kalau nak makan puas2 kena beli at least RM5-8 laaa.

Masa aku balik Kelantan hari tu, aku pun belek2 la buku resepi RASA edisi bulan April. Tajuk dia lauk-pauk pilihan penjaja. Belek punya belek aku terjumpa resepi sate ikan ni. Dengan berapi-api sekali semangat aku nak buat benda ni. So, tadi aku buat la sate ikan ni. :)

Home made sate ikan.

Sate ikan dicelup sos manis, nyam nyam!
Untuk sape2 yang mengidam nak makan atau terasa nak makan sate ikan ni, meh la buat sendiri. Murah je dari beli kat gerai tu. Cara nak buat ni senang sangat! Sesuai untuk orang bujang macam aku yang malas ni. Huk!

Resepi Sate Ikan

Sate ikan
 
Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang – dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
1/3 sudu teh serbuk perasa

Cara memasak:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

*****
Untuk sos manis pulak, puas aku google resepi untuk buat ni tapi tak jumpa-jumpa. So, aku reka sos ni ikut naluri dan perasaan aku. Ececece.. Alhamdulillah, jadi jugak sos ni. :’) *terharu*

Resepi Sos Manis Sate Ikan (Edisi Esul. Muahaha)

Sos manis sate ikan.

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1.      Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2.      Masukkan air.
3.      Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4.      Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5.      Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Senang bakar atas dapur gas. Hokhok

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai

KELANTAN NEGERI MISKIN