Posts

Showing posts from September, 2020

TYT Pecat Musa Aman - melangkaui kuasanya dan melanggar perlembagaan

Image
  Mahkamah Persekutuan mengesahkan tindakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk melucut jawatan Musa Aman pada bulan Mei 2018 telah melangkaui kuasanya dan melanggar perlembagaan. Masa itu Musa Aman mempunyai sokongan 31 daripada 60 ADUN Sabah dan telah sah mengangkat sumpah di Istana Sabah. Namun dua hari kemudian, TYT telah menggugurkan jawatan Musa Aman tanpa sebab dan tidak mengikuti perlembagaan Sabah. Pada hari yang sama, TYT membenarkan Shafie Apdal untuk mengangkat sumpah mnjadi Ketua Menteri. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Sabah Shafie Apdal pula meminda perlembagaan Sabah untuk membenarkan TYT menjawat lebih daripada dua penggal yang dibenarkan sebab penggal kedua TYT akan berakhir 2 minggu lagi. "13 Dec 2018: TYT Sabah kini boleh berkhidmat lebih daripada dua penggal" https://www.malaysiakini.com/news/455953 Ini adalah satu langkah amat janggal sedangkan PH selalu ratib mahu hadkan tempoh jawatan utama kerajaan dengan alasan mahu sekat penyalah