Tidak sukar selesai kes pindah milik tanah FELDA - PAS

Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan. - Foto Zaman Huri Isa
KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa perlu membuat penelitian siasatan terhadap aspek keputusan Lembaga Pengarah FELDA dan perjanjian berkaitan antara agensi itu dengan Synergy Promenade Sdn Bhd, bagi merungkai isu keraguan pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata penelitian juga perlu menjurus terhadap transaksi pindah milik tanah kepada syarikat serta kepatuhan obligasi pihak sebagaimana perjanjian.
Beliau yang juga pengamal undang-undang, menganggap kes pindah milik tanah tanpa sebarang pembayaran adalah kes 'straight forward' dan tidak memerlukan langkah sulit untuk diselesaikan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
"PAS merasakan langkah yang perlu diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah melihat dan mengkaji dengan teliti kronologi kes sehingga menyebabkan pindah milik tanah dibuat kepada Synergy Promenade Sdn Bhd, yang dikatakan berlaku pada 2015," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau yakin, kesediaan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad untuk membuka pintu FELDA bagi disiasat, harus juga menjadi pemudahcara kepada siasatan yang perlu dijalankan secara telus dengan 'without fear or favour'.
"Ini juga membolehkan siasatan dibuat dengan cepat memandangkan isu ini berkepentingan awam dan membabitkan 'stakeholder' yang besar terutama peneroka FELDA dan generasi warisannya," katanya.
Takiyuddin mengulas isu keraguan pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak, di sini seperti didedahkan akhbar ini minggu lalu

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Sate Ikan & Sos Manis

Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai

Pemimpin PN berkumpul untuk mesyuarat di Hilton KL