PAS hapus tol Jabatan Sultan Mahmud, Terengganu, rakyat untung RM5,000

PAS hapus tol Jabatan Sultan Mahmud, Terengganu, rakyat untung RM5,000
.
KUALA TERENGGANU: Pemimpin Umno-BN tidak boleh menafikan fakta bahawa pemerintahan kerajaan PAS dari tahun 1999 hingga 2004 banyak memberi manfaat kepada rakyat.
Umpamanya, penghapusan tol di Jambatan Sultan Mahmud yang dikenakan bayaran RM1.00 bagi setiap perjalanan dua hala. Bahkan, hingga ke hari ini sejak dihapuskan bayaran tol tersebut rakyat yang berulang-alik menggunakan jambatan berkenaan mendapat manfaat selama 13 tahun.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ketika memerintah Terengganu, PAS bukan sahaja menunaikan
hak-hak agama tetapi turut menitikberatkan hak-hak ekonomi rakyat. Antaranya, kata beliau, jasa besar kerajaan PAS Terengganu adalah menghapuskan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud.
"Orang Kuala Nerus yang nak pergi ke bandar Kuala Terengganu tentu ingat jasa PAS ini, RM1 pergi balik nampak sedikit sahaja, tapi setahun jumlahnya sudah RM360, sejak 1999, tapi orang itu (bagi BRIM hanya) RM500 sahaja, itu pun baru mula tahun lepas.
"Bila sahaja PAS menang, mulai malam itu, terus tak payah bayar tol," ujarnya ketika berucap pada majlis ceramah Dun Bukit Tunggal, dekat sini, 29 Mac lalu.
Menurutnya, dari tahun 1999 sehingga 2013, rakyat Terengganu yang menjadi pengguna Jambatan Sultan Mahmud mendapat faedah tidak kurang dari RM5,000 kerana jasa PAS menghapuskan bayaran tol.
Ustaz Khairuddin turut merayu para pengundi khususnya orang Melayu agar turut serta mengambil bahagian untuk membuat perubahan politik pada PRU13.
Pada PRU12, Dun Bukit Tunggal berjaya dimenangi PAS melalui Dr Alias Razak yang mengalahkan calon BN, Tuan Arif Shahibu Fadilah Tuan Ahmad dengan majoriti 336 undi.
Manakala pada tahun 1999, PAS pernah memena-ngi kerusi Parlimen Kuala Nerus, diwakili Shukrimun Shamsuddin dan tiga kerusi Dun iaitu Tepoh, Teluk Pasu dan Bukit Tunggal

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Sate Ikan & Sos Manis

Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai

Pemimpin PN berkumpul untuk mesyuarat di Hilton KL