*RAMAI KAKI PONTENG RUPANYA.*



Riuh Dewan Rakyat semalam gara-gara kekalahan blok Pakatan Harapan ( PH ) dalam undian belah bahagi ketika proses meluluskan Bajet Peringkat Jawatankuasa KPDNKK semalam kepada blok Kerajaan BN sebanyak 51 – 52 undi, dengan 2 MP PAS mengundi berkecuali. Di sebabkan kekalahan itu, PH menuding jari kepada 2 MP PAS yang mengundi berkecuali iaitu YB Ustaz Idris Ahmad & YB Siti Zailah Mohd. Yusoff yang menjadi punca kekalahan pengundian tersebut.

Dalam jumlah 51 undi yang berpihak kepada PH, 5 daripada undi datang daripada MP PAS termasuk 1 daripada MP PAS yang tidak PAS, Mahfuz Omar. 5 MP PAS yang menyokong PH dalam pemgundian tersebut kemungkinan ada alasan mereka sendiri untuk menyokong manakala 2 MP PAS yang berkecuali sudah semestinya sama sikap mereka ketika berkecuali dalam pengundian Budget 2018 tempohari.

Sebelum PH berteriak sakan menyalahkan orang lain termasuk MP PAS yang berkecuali mahupun yang tidak hadir, mari kita lihat permasalah sebenar yang berlaku di kalangan MP PH sendiri iaitu ponteng sessi Dewan Rakyat terutama ketika pengundian.

Jumlah Ahli Parlimen Pakatan Harapan ( PH ) = 71 orang.
PKR = 28 orang
DAP = 36 orang
PAN = 6 orang
PPBM = 1 orang
( Jumlah ini tidak termasuk MP PSM & Warisan ) 

Jumlah undi ketika undi belah bahagi = 51 undi
5 undi dari MP PAS + 1 MP PAS yang tidak PAS ( Mahfuz Omar ) = 6 undi
51 – 6 = 45 undi MP PH.
Jumlah MP PH = 71 orang
71 MP PH ( Keseluruhan MP PH ) – 45 MP PH ( hadir mengundi ) = 26 undi tiada
*Bermakna 26 MP PH tidak hadir sidang parlimen.*

*26 MP PH tidak hadir sidang parlimen, bukan 2 & juga bukan 6, 26 MP PH tidak hadir sidang parlimen.* Satu jumlah yang cukup besar. Mengapa mereka tidak hadir sidang parlimen sedangkan ketika ini banyak proses meluluskan bajet perbekalan Kementerian di jalankan ? Sepatutnya mereka yang hadir mengundi untuk menyokong blok mereka iaitu blok PH namun mereka tidak hadir, tidakkah itu khianat kepada blok mereka sendiri & juga pengundi mereka ?

Disebabkan blok PH kalah berpunca dari MP mereka sendiri yang kaki ponteng, mereka mahu menuding jari pula kepada 2 MP PAS penyebab punca kekalahan. *Mengapa mereka tidak menyalahkan MP mereka sendiri yang kaki ponteng sidang Parlimen atau ada sindrom ketakutan untuk menyalahkan MP mereka yang tidak hadir di sebabkan pangkat mereka lebih besar atau takut tidak tercalon dalam PRU akan datang jika menyalahkan mereka ?*

Jika ini sikap mereka, sebenarnya merekalah yang khianat kepada rakyat dengan ponteng sidang Parlimen terutamanya semasa pengundian. *Inikah contoh MP yang akan bermati-matian berjuang untuk rakyat ?* Nampaknya lebih kelabu dari asap. Cuma patut di tanya, siapa 26 MP PH yang tidak hadir semasa pengundian semalam & sebenarnya perkara ini memang sudah lama berlaku, cuma malas hendak buka mulut & aib orang. 

*Ingat, persoal siapa 26 MP PH yang tidak hadir semalam. Bukan 2 MP malah bukan 6, 26 MP PH ponteng sidang parlimen semalam.* Cukup memualkan serta memalukan !!

Syaiful Hizam.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Sate Ikan & Sos Manis

Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai

Pemimpin PN berkumpul untuk mesyuarat di Hilton KL