Anak ADUN ditahan kerana pil kuda

Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my

ANAK lelaki seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas- Salor, Kota Bharu, semalam.
Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan 3.30 petang oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik mengesahkan mengenai tangkapan itu.
Katanya, berlaku pergelutan antara polis dengan lelaki itu sebelum berjaya ditahan.
"Suspek dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Rabu ini.
"Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di sini, hari ini.

berita sumber lain

Anak pemimpin AMANAH ditahan bersama 200 pil kuda

 Hari ini, 4:12 pm      Hari ini, 6:02 pm
Seorang pemuda yang juga anak kepada salah seorang pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara (AMANAH) ditahan polis kerana memiliki 200 biji pil kuda.
Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu, hari ini.
Penahanan lelaki itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik dan suspek kini dibawa ke Mahkamah Kota Bharu untuk mendapatkan perintah reman, lapor Utusan Online.
Suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kota Bharu kira-kira pukul 3.30 petang.
"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung penemuan 200 pil kuda di poket hadapan sebelah kanan seluar panjang yang dipakainya," katanya dipetik sebagai berkata.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Sate Ikan & Sos Manis

Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai

Pemimpin PN berkumpul untuk mesyuarat di Hilton KL