Posts

Pemimpin PN berkumpul untuk mesyuarat di Hilton KL

Image
  Pada pemimpin Perikatan Nasional (PN) mula tiba di Hotel Hilton Kuala Lumpur tengah hari ini untuk menghadiri mesyuarat praparlimen. Antara tiba ialah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang dilihat memasuki hotel berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari. Sebelum itu beberapa pemimpin lain lebih awal sampai. Mereka ialah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Lain-lain ialah Presiden Parti Bersatu Sabah, Maximus Ongkili; Presiden MCA, Wee Ka Siong; dan Presiden MIC, S Vigneswaran. Mesyuarat hari ini dianggap penting kerana sidang Dewan Rakyat akan bermula esok dan bakal menyaksikan Belanjawan 2021 dibentangkan pada Jumaat ini. Ia kemudian akan dibahas dalam kalangan 221 ahli parlimen sebelum ia terbuka untuk undian - sama ada akan diluluskan atau ditolak - kemudiannya. Secara keseluruhan Dewan Rakyat memiliki 222 kerusi namun salah seorang daripadanya kosong ekoran kematian wakil Batu Sapi, Liew Vui Keong, baru-baru ini.

TYT Pecat Musa Aman - melangkaui kuasanya dan melanggar perlembagaan

Image
  Mahkamah Persekutuan mengesahkan tindakan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk melucut jawatan Musa Aman pada bulan Mei 2018 telah melangkaui kuasanya dan melanggar perlembagaan. Masa itu Musa Aman mempunyai sokongan 31 daripada 60 ADUN Sabah dan telah sah mengangkat sumpah di Istana Sabah. Namun dua hari kemudian, TYT telah menggugurkan jawatan Musa Aman tanpa sebab dan tidak mengikuti perlembagaan Sabah. Pada hari yang sama, TYT membenarkan Shafie Apdal untuk mengangkat sumpah mnjadi Ketua Menteri. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Sabah Shafie Apdal pula meminda perlembagaan Sabah untuk membenarkan TYT menjawat lebih daripada dua penggal yang dibenarkan sebab penggal kedua TYT akan berakhir 2 minggu lagi. "13 Dec 2018: TYT Sabah kini boleh berkhidmat lebih daripada dua penggal" https://www.malaysiakini.com/news/455953 Ini adalah satu langkah amat janggal sedangkan PH selalu ratib mahu hadkan tempoh jawatan utama kerajaan dengan alasan mahu sekat penyalah

KELANTAN NEGERI MISKIN

Image
Kelantan negeri miskin Tapi cuba ketuk pintu 10 biji rumah banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina.. Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand Kelantan negeri miskin tapi kaum hawanya mampu milik EMAS sampai ke siku Kelantan negeri miskin tapi produk bijak pandai datang dari negerinya Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah flat "Allah, kami redha dengan rezeki mu..Biarlah kami miskin, asalkan agamamu selamat di sini..Jadikan negeri ini tempat sang miskin beristirehat, tenang dan selamat..Kami redha..Cukup lah Allah sebagai pembantu dan penolong Kami..

KALAU PAS MENGHASUT MAKA DAP 1000 KALI LEBIH MENGHASUT

Image
Panas berapi-api nampaknya kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semalam yang menghentam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di atas tulisan beliau bertajuk “Mengapa Kalau Islam Tidak Boleh?” yang disiarkan pada 22 Disember lalu. Dengan berpandukan laporan media tertentu kononnya Datuk Seri Abdul Hadi mahukan Menteri Kabinet hanya diisi oleh orang-orang Melayu Islam, tanpa merujuk kepada kenyataan asal beliau, Lim Guan Eng terus menyelarnya dengan pelbagai istilah negatif. Antara istilah yang Lim Guan Eng gunakan adalah menghasut (seditious), merbahaya (dangerous), perkauman (racist), ekstremis (extremist), tidak berperlembagaan (unconstitutional) dan hanya boleh dikaitkan dengan golongan Taliban (can be identified only with the Talibans). Seperti dijelaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan, tiada di mana-mana di dalam tulisan Datuk Seri Abdul Hadi ini yang mahukan Menteri Kabinet h

Tidak sukar selesai kes pindah milik tanah FELDA - PAS

Image
Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan. - Foto Zaman Huri Isa KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa perlu membuat penelitian siasatan terhadap aspek keputusan Lembaga Pengarah FELDA dan perjanjian berkaitan antara agensi itu dengan Synergy Promenade Sdn Bhd, bagi merungkai isu keraguan pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak. Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata penelitian juga perlu menjurus terhadap transaksi pindah milik tanah kepada syarikat serta kepatuhan obligasi pihak sebagaimana perjanjian. Beliau yang juga pengamal undang-undang, menganggap kes pindah milik tanah tanpa sebarang pembayaran adalah kes 'straight forward' dan tidak memerlukan langkah sulit untuk diselesaikan termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). "PAS merasakan langkah yang perlu diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah melihat dan mengkaji dengan teliti kronologi kes sehingga menyebabkan pin

Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai

Image
Resepi Lockching atau Satay Ikan Thai Bahan-Bahan: 250 gm isi ikan selayang (mentah) – dikisar lumat 100gm tepung ubi kayu/tepung kanji 1/2 biji bawang besar – dikisar 1 sudu kecil garam 1/2 sudu teh serbuk perasa 1 sudu kecil soda bikarbonat Bahan Untuk Sos Manis dan Pedas – Cili kering secukupnya – kisar lumat 4 ulas bawang putih – dikisar lumat 1 ½ cawan air 1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji – dibancuh dengan 2 sudu besar air 4 sudu makan gula atau secukupnya ½ sudu makan garam Sedikit serbuk perasa Sedikit pewarna merah lada burung secukupnya – untuk sos pedas sahaja Cara Membuat: Buat Lockching – 1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. 2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat 3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat. 4. Panaskan minyak dan goreng sekejap. Kemudian, Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap. Tip: kalau adunan terlalu le

Resepi Sate Ikan & Sos Manis

Image
Resepi Sate Ikan & Sos Manis Sate ikan *google image. Sape2 yang pernah makan sate ikan sila angkat tangan..!! Makanan ni sebenarnye amat femes kat Kelantan & Terengganu. Dulu masa aku kecik2, suka sangat beli benda ni. Rasa sate ikan ni macam keropok lekor jugak dan rasa dia kenyal. Pastu bila celup ngan kuah manis dia, uummmmmphhh sedap woo. Dulu harga dia 10sen 1 cucuk, tapi sekarang ni mahal RM1 untuk 5 cucuk. Kalau nak makan puas2 kena beli at least RM5-8 laaa. Masa aku balik Kelantan hari tu, aku pun belek2 la buku resepi  RASA  edisi bulan April. Tajuk dia l auk-pauk pilihan penjaja . Belek punya belek aku terjumpa resepi sate ikan ni. Dengan berapi-api sekali semangat aku nak buat benda ni. So, tadi aku buat la sate ikan ni. :) Home made sate ikan. Sate ikan dicelup sos manis, nyam nyam! Untuk sape2 yang mengidam nak makan atau terasa nak makan sate ikan ni, meh la buat sendiri. Murah je dari beli kat gerai tu. Cara nak buat ni senang san